Wednesday 13 February 2013

Kerja Kosong Di Kelantan Sebagai PENGATURCARA PERISIAN Untuk D.D Multimedia Solution Sdn. Bhd

D.D Multimedia Solution Sdn. Bhd., anak syarikat Perbandanan Menteri Besar Kelantan, adalah sebuah syarikat perkhidmatan dan latihan untuk ICT dan multimedia yang terletak di Kelantan.
 
Kami menyediakan latihan kemahiran ICT dan multimedia dalam bentuk kursus jangka masa pendek dan juga Sijil Kemahiran Malaysia. Kami juga menghasilkan produk paparan multimedia yang berteknologi tinggi untuk beberapa pelanggan tempatan kami. Kami berhasrat untuk menambahbaik lagi produk dan perkhidmatan kami ini dan membawanya ke pasaran yang lebih luas.
 
Jawatan
 
Kami mencari seorang pembangun perisian yang mahir dan berpengalaman untuk menyertai pasukan kami untuk sebuah kerjaya yang menarik dan dinamik di Kota Bharu.
 
PENGATURCARA PERISIAN
Kelantan
Responsibilities:
  • Melibatkan diri dalam pembangunan, penyelenggaraan dan sokongan produk.
  • Bekerjasama dengan pelanggan, kontraktor dan konsultan sepanjang kitarhidup produk
  • Menghasilkan kod perisian yang optimal dan didokumentasi dengan baik
  • Bekerja dalam kumpulan untuk menulis keperluan dan spesifikasi, perlaksanaan (pengkodan dan pengujian), pemasanganserta penghasilan dan penjagaan dokumentasi
  • Melaporkan kerja kepada pengurus projek atau ketua pasukan dan bekerja dengan pemantauan yang minimum
Requirements:
  • Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, kejuruteraan perisian, kejuruteraan elektrik dan elektronik atau yang setanding
  • Berkemahiran dalam SQL, Java, PHP dan C
  • Berpengalaman dalam penggunaan Linux atau mana-mana sistem operasi Unix
  • Keutamaan kepada yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam:
    • Pembangunan berasaskan pengaturcaraan object-oriented
    • Pembangunan aplikasi web: HTML, CSS, Javascript, AJAX


    Jika Anda berminat untuk memohon, sila klik SINI untuk memohon melalui Jobstreet.com 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...