D.D Multimedia Solution Sdn. Bhd., anak syarikat Perbadanan Menteri
Besar Kelantan, adalah sebuah syarikat perkhidmatan dan latihan untuk
ICT dan multimedia yang terletak di Kelantan.
Kami menyediakan latihan kemahiran ICT dan multimedia dalam bentuk
kursus jangka masa pendek dan juga Sijil Kemahiran Malaysia. Kami juga
menghasilkan produk paparan multimedia yang berteknologi tinggi untuk
beberapa pelanggan tempatan kami. Kami berhasrat untuk menambahbaik lagi
produk dan perkhidmatan kami ini dan membawanya ke pasaran yang lebih
luas.
Jawatan
Kami mencari seorang pegawai pemasaran yang mahir dan berpengalaman untuk menyertai pasukan kami untuk sebuah kerjaya yang menarik dan dinamik di Kota Bharu.
PEGAWAI PEMASARAN
Kelantan
Kelantan
Responsibilities:
- Membuat promosi dan hebahan tentang produk kepada khalayak sasaran dan menguruskan hubungan dengan pelanggan
- Membangunkan pelan dan strategi pemasaran serta membuat penilaian susulan
- Mencari peluang dan ruang pengiklanan dan menjalankan kempen
- Menganjurkan dan menghadiri acara yang berkaitan dengan produk seperti seminar, persidangan, pameran, kursus dan sebagainya
- mengkaji dan meninjau peluang baru untuk memajukan produk sedia ada dan menghasilkan produk baru
- Memberi sokongan kepada kakitangan lain dalam bidang pemasaran dan bekerja dalam kumpulan
- Memantau aktiviti pesaing dan mencari jalan untuk menambah nilai produk syarikat
Requirements:
- Diploma dalam bidang teknologi informasi, kejuruteraan atau setanding
- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam pemasaran
- Mahir dalam menjaga hubungan dengan pelanggan dan bersedia untuk memberi komitmen kepada visi syarikat untuk menghasilkan servis dan produk yang bermutu tinggi
- Bermotivasi tinggi dan mempunyai kesabaran
- Berfikiran matang, bersikap positif dan pandai mengambil inisiatif sendiri
- Mempunyai kenderaan sendiri
No comments:
Post a Comment