Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM), sebuah syarikat
induk milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sedang
memperkembang dan memantapkan aktiviti-aktivitnya, mempelawa calon-calon
yang berkelayakan, berpengalaman dan berdedikasi memohon jawatan
berikut di Syarikat Bersekutu yang berpejabat di Kawasan Perindustrian
Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan :
Pegawai Pemasaran
Kelantan - Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
Kelantan - Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
Responsibilities:
- Merancang pemasaran dan menyusun strategi pelaksanaan untuk mencapai sasaran jualan.
- Menjalankan kajiselidik dan mengumpul data-data produk-produk pesaing sebagaimana yang diperlukan.
- Mengendali dan mengurus aktiviti pemasaran, perhubungan awam dan pengiklanan.
- Menyediakan bahan-bahan promosi dari semasa ke semasa.
- Menganalisa pasaran termasuk pasaran pesaing dan potensi pelanggan keseluruhan.
- Merangka strategi untuk meraih pelanggan dalam kontrak pengeluaran dengan Syarikat.
Requirements:
- Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Business Studies/Administration/Management, Finance/Accountancy/Banking, Marketing atau setaraf.
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai pengetahuan dan minat yang tinggi terhadap bidang pemasaran.
- Mempunyai tahap komunikasi dan interaksi yang tinggi dengan pelanggan.
- Mahir dalam penggunaan komputer seperti MS Office dan sebagainya.
- Boleh bekerja secara berdikari dengan pengawasan yang minima.
- Boleh berbahasa Bahasa Malaysia dan English dengan baik
- Calon hendaklah bersedia bekerja di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran
Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan yang lengkap
termasuk resume (latar belakang peribadi dan keluarga, pendidikan,
kelayakan, pengalaman bekerja dan latihan), menyatakan gaji sekarang,
gaji yang dipohon, gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) serta
salinan sijil yang berkaitan yang disahkan (sekiranya ada) dan dokumen
sokongan lain hendaklah sampai ke alamat di bawah:
Jabatan Sumber Manusia
Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn
Lot 320, Tingkat 1, Wisma Aminah Zain
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7488899 Fax : 09/7488809
Email : mubaarakan@kumh.com.my
Jabatan Sumber Manusia
Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn
Lot 320, Tingkat 1, Wisma Aminah Zain
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7488899 Fax : 09/7488809
Email : mubaarakan@kumh.com.my
No comments:
Post a Comment