Monday 14 January 2013

Jawatan Kosong Di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK)
Kekosongan Jawatan
Penolong Akauntan Gred W27
Cara Memohon:
i.      Permohonan hendaklah menggunakan Borang PPAK 1/2012 yang boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Tingkat 2 Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan harga RM 2.00.
ii      Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar ukuran pasport, salinan kad pengenalan/ surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.
iii.     Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.
Alamat Permohonan:
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABrs. Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jalan Mahmood,
15200 Kota Bharu
Kelantan.
Tarikh Tutup Permohonan : 24 Januari 2013
Perkara Am
i.      Hanya  calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil Temuduga
ii.     Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya
iii.     Pihak Perbadanan tidak akan melayan sebarang tuntutan perbelanjaan berkaitan urusan temuduga

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...